Trafik kembali lancar di Terowong Menora
trendingbergaya.blogspot.com - ALIRAN trafik di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Ipoh ke Kuala Kangsar kembali lancar selepas berlaku kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer (km) 261.4 Terowong Menora di PLUS arah Utara, pagi tadi.
Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata kemalangan yang berlaku kira-kira 11.45 pagi itu menyebabkan kesesakan berlaku dari Ipoh hingga Kuala Kangsar sepanjang lima km.
“Kami menerima panggilan membabitkan kemalangan itu pada 11.45 pagi, bagaimanapun aliran trafik kembali lancar pada 1.16 tengah hari,” katanya ketika dihubungi Bernama di Ipoh hari ini.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.31 pagi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, sejurus tiba di lokasi kejadian, kemalangan yang membabitkan sebuah kereta Proton Saga dan Proton Aeroback itu telah berlanggar antara satu sama lain dan mendapati mangsa tiada di tempat kejadian.
“Anggota membuat pemantauan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada mangsa lain yang terlibat dan operasi tamat pada 12.08 tengah hari,” katanya. – Bernama, 19 Februari, 2018.
sumber : themalaysianinsight.com
0 Response to "Trafik kembali lancar di Terowong Menora"
Posting Komentar