Orang Kedah sayang Dr Mahathir, tapi lebih sayangkan Malaysia
trendingbergaya.blogspot.com - MENTERI Besar Kedah Ahmad Bashah Md Hanipah sangat berhati-hati menjawab soalan demi soalan yang diajukan kepadanya tetapi ada satu soalan yang dijawabnya dengan penuh yakin: BN akan kekal di Kedah dengan majoriti dua pertiga.
Apabila ditanya tentang pengaruh Dr Mahathir Mohamad, beliau tidak kelihatan memperkecil-kecilkannya bekas perdana menteri itu yang juga seorang anak Kedah.
Ahmad Bashah bagaimanapun tidak pula mahu bersetuju dengan pandangan sekian banyak pemerhati dan penganalisis politik bahawa negeri Jelapang Padi itu bakal jatuh kepada pakatan pembangkang yang kini dipimpin oleh Dr Mahathir.
Beliau sebaliknya dengan yakin berkata BN akan mengekalkan penguasaannya di Kedah dan menang dengan majoriti dua pertiga.
Apabila ditanya tentang pengaruh Dr Mahathir Mohamad, beliau tidak kelihatan memperkecil-kecilkannya bekas perdana menteri itu yang juga seorang anak Kedah.
Ahmad Bashah bagaimanapun tidak pula mahu bersetuju dengan pandangan sekian banyak pemerhati dan penganalisis politik bahawa negeri Jelapang Padi itu bakal jatuh kepada pakatan pembangkang yang kini dipimpin oleh Dr Mahathir.
Beliau sebaliknya dengan yakin berkata BN akan mengekalkan penguasaannya di Kedah dan menang dengan majoriti dua pertiga.
"Ada yang masih bernostalgia dengan era Tun Mahathir semasa beliau masih lagi presiden parti dan menjadi Perdana Menteri. Tiada siapa menafikan jasa beliau, saya juga tidak.
"Namun apabila kita berbicara soal parti dan prinsip berpolitik kita tidak boleh bersetuju dengan agenda yang dibawa beliau ketika ini," katanya kepada The Malaysian Insight.
"Saya ingin memberitahu kepada rakyat negeri Kedah bahawa pembangkang terutama DAP yang diherdik oleh Tun Mahathir puluhan tahun lamanya tidak pernah berubah namun mungkin ada orang lain yang berubah untuk bersetuju dengan mereka," tambahnya, merujuk kepada Dr Mahathir.
Selepas keluar dari Umno pada akhir Februari 2016, Dr Mahathir kemudian ikut mengasaskan Bersatu bersama bekas timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin dan anaknya sendiri, Mukhriz.
Dr Mahathir kemudian membawa Bersatu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang dibentuk oleh PKR, DAP dan Amanah, parti serpihan PAS.
Ahmad Bashah berkata analisis BN Kedah mendapati rakyat masih hormat kepada Dr Mahathir tetapi mereka tidak akan menggadaikan masa depan agama, bangsa dan negara dengan memberikan sokongan kepadanya.
Tokoh kanan di Kedah itu sudah lima penggal jadi wakil rakyat di kerusi negeri Bakar Bata, kawasan yang turut dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 ketika negeri itu buat pertama kalinya jatuh ke tangan pembangkang.
Ahmad Bashah jadi menteri besar selepas Mukhriz Mahathir letak jawatan setelah hilang keyakinan wakil rakyat BN yang lain apabila beliau ketika itu dilihat kritikal terhadap Perdana Menteri Najib Razak bersabit skandal 1Malaysian Development Berhad.
Menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dipercayai akan diadakan pada akhir April atau awal Mei ini, Ahmad Bashah yakin BN akan kekal di Kedah kerana PH tidak kuat seperti yang dibayangkan oleh penganalisis politik.
"Mereka masih berebut kerusi hingga berlaku banyak perpecahan. Mereka sebenarnya tidak mampu untuk mencapai kata putus dalam banyak perkara," katanya.
Dalam wawancara di pejabatnya di Wisma Darul Aman, Ahmad Bashah ditanya pandangannya tentang analisis politik yang tidak memberikan gambaran positif mengenai harapan BN di Kedah serta apa tawaran BN kepada rakyat Kedah untuk sekali lagi diberi mandat pada PRU14 nanti.
Berikut adalah petikan wawancara tersebut:
TMI: Apa pandangan Datuk Seri tentang analisis oleh Ilham Centre yang mengatakan Umno dan BN tidak lagi di kuat di Kedah kerana ada protes dalaman menolak kerajaan negeri?
Ahmad Bashah: Apa asas analisis berkenaan? Protes dalaman bagi saya berlaku kepada mana-mana parti. Malah di Kedah protes dalaman lebih teruk berlaku dalam PH. Mereka masih berebut kerusi hingga berlaku banyak perpecahan. Mereka sebenarnya tidak mampu untuk mencapai kata putus dalam banyak perkara.
Saya nampak PPBM (Bersatu) mahu menjadi parti yang dominan dalam pakatan pembangkang tetapi tidak dapat restu daripada rakan yang lain terutama PKR. Kita tahu... semua maklumat ini kita ada. Dalam keadaan macam ini, berlaku banyak lakonan... di depan tampak mesra namun di belakang masih curiga mencurigai.
Pada satu ketika mungkin BN juga dalam keadaan sedikit goyah. Tetapi keadaan semasa, BN dan Umno di Kedah dalam keadaan yang sangat kukuh. Kita dalam kedudukan yang sangat kuat untuk menempuhi PRU14.
TMI: Bagaimana melihat sentimen sokongan rakyat Kedah terhadap Dr Mahathir?
Ahmad Bashah: Ada yang masih bernostalgia dengan era Dr Mahathir semasa beliau masih lagi presiden parti dan menjadi perdana menteri. Tiada siapa menafikan jasa beliau, saya juga tidak.
Berdasarkan tinjauan kita, rakyat juga kebanyakannya ada tanggapan yang sebegini. Sayang tetap sayang tetapi hal masa depan agama, negara dan bangsa, mereka tidak kompromi.
Keadaan yang lebih dahsyat bagi saya pernah berlaku ketika Anwar Ibrahim dipecat. Ramai yang marah tetapi mereka kekal setia dengan kerajaan BN kerana sayangkan parti bukan semata mata kerana Dr Mahathir. Kita (Umno di Kedah) juga kekal dan mempertahankan Umno-BN kerana sayangkan parti.
TMI: Apa strategi untuk hadapi sentimen terhadap Dr Mahathir di Kedah?
Ahmad Bashah: Terus buat kerja dengan baik walaupun berhadapan fitnah. Utamakan rakyat, selesaikan sebanyak mungkin isu mereka. Pembangkang tiada isu lain melainkan mengungkit isu sama berulang kali dengan tujuan menimbulkan kemarahan rakyat.
Hakikatnya pembangkang di Kedah kini sedang panik dan hanya berpura-pura di hadapan penyokong.
Atas sebab itu mereka terpaksa ulang-ulang isu yang sama dengan harapan penyokong mereka tidak lari daripada perjuangan.
Mereka juga sering kali mengeluarkan kenyataan berdasarkan perkiraan mereka sendiri bahawa mereka akan menang. Ini semua mainan psikologi.
Saya nasihatkan orang ramai dan ahli parti jangan buat keputusan dalam keadaan marah jika kita sayangkan tanah air ini.
TMI: Pada PRU14 nanti, parti mana yang jadi cabaran utama Umno di Kedah?
Ahmad Bashah: Siapa saja kita akan lawan. Namun saya rasa PAS masih lagi parti pembangkang yang lebih dominan di Kedah. Mereka masih kekal sebagai pengimbang dan pembangkang yang sebenar kepada Umno.
Saya bukan menidakkan parti lain tetapi di Kedah secara tradisinya memang begitu dan saya merasakan ia kekal begitu dalam keadaan sedikit terganggu.
TMI: Apa akan jadi kalau pertembungan tiga penjuru di seluruh Kedah?
Ahmad Bashah: Menurut analisis kita, BN mampu menang dua pertiga. Namun apa saja keputusannya, itu terletak kepada Allah. Dialah yang memiliki Kerajaan dan Dia jugalah yang berhak meletakkan sesiapa yang dikehendaki-Nya.
Tiga atau dua penjuru, ini hanya cabaran. Saya yakin jika kita (BN) kekal bersatu kita akan mampu menghadapi apa saja cabaran.
sumber : themalaysianinsight.com
0 Response to "Orang Kedah sayang Dr Mahathir, tapi lebih sayangkan Malaysia"
Posting Komentar