Makthor pecah kelompok lelaki, sah sertai pasukan Order Of Elites
trendingbergaya.blogspot.com - KUALA LUMPUR: Azroy Adyana Tajuddin (Nia), 25, yang senang dikenali sebagai Makthor dalam arena e-sukan FIFA 18 kini sah sertai pasukan Order of Elites Asia (OoE) mulai hari ini.
Menurut pengasas pasukan OoE Mohd Phirkhan, minat mendalam, kemahiran dan corak permainan Nia mendorong OoE untuk merekrutnya.
“Kami sangat gembira dengan penyertaan Nia dalam keluarga OoE. Dia sentiasa bertenaga dan sentiasa mahu mempelajari perkara yang baharu.
“Saya percaya ramai pemain wanita berbakat di luar sana yang perlu diketengahkan.
“Salah satu daripada prinsip kami adalah untuk menyokong wanita dan tidak sama sekali memandang rendah terhadap mereka,” katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Menurut Phirkhan, dia berharap dengan pengumuman penyertaan Nia itu dapat menggalakkan lagi pemain wanita di luar sana untuk bertanding, bukan sekadar dalam ‘gelanggang’ FIFA namun dalam e-sukan yang lain.
Sementara itu, Adyana turut meluahkan keterujaannya apabila ditawarkan untuk menyertai antara pasukan FIFA yang digeruni di Asia Tenggara itu.
“Ia merupakan satu kebanggan buat diri saya untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Asia dan satu-satunya pemain wanita yang mewakili Malaysia dalam pasukan ini.
“Saya percaya OoE akan membantu saya dari segi keperluan nasihat jurulatih dan mentor serta latihan untuk menjadi pemain yang profesional.
“Dengan kemahiran yang akan diperolehi bersama pasukan ini, saya berharap ia akan membawa saya untuk menjadi antara pemain wanita terbaik di Asia,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Untuk rekod, Adyana menduduki tempat 16 teratas dalam kejohanan Virtuelle Bundesliga peringkat Asia Tenggara yang berlangsung baru-baru ini di Battle Arena, Petaling Jaya.
Dia mula menjadi tumpuan komuniti FIFA 18 di Malaysia sejak memenangi tempat pertama Pertandingan ITCD Studio di Ipoh tahun yang lalu.
sumber : astrowni.com

0 Response to "Makthor pecah kelompok lelaki, sah sertai pasukan Order Of Elites"
Posting Komentar