Redmi 5 Digelar Sebagai Perosak Harga Pasaran

Redmi 5 Digelar Sebagai Perosak Harga Pasaran


trendingbergaya.blogspot.com - Xiaomi cukup terkenal dengan penawaran telefon pintar pada harga mampu milik walaupun spesifikasi bawaannya setanding dengan jenama lain yang dijual lebih mahal.

Salah satu contoh adalah Redmi 5 yang dijual pada harga RM 679. Model ini baru sahaja meluncur di pasaran negara jiran iaitu Indonesia semalam.


Ketika sidang media perasmian, Pengarah Xiaomi Indonesia, Steven Shi ditanya mengenai Xiaomi digelar sebagai “perosak harga pasaran”.

“Sejak awal lagi kami berupaya menghasilkan produk terbaik pada harga yang sebenarnya. Falsafah Xiaomi adalah sebagai teman kepada pengguna. Kami tidak peduli kepada pesaing.” ujar beliau selepas acara pelancaran di Jakarta.

Shi turut memberi perbandingan antara Redmi 5 dan Redmi 5 Plus dengan beberapa jenama lain, dan beliau menyatakan tidak banyak perbezaan dari segi spesifikasi tetapi dari segi harga ia amat ketara.


sumber : wiser.my

0 Response to "Redmi 5 Digelar Sebagai Perosak Harga Pasaran"

Posting Komentar

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==