''Perempuan Kalau Buat Kerja 'Welding' Lambat, Simpanlah Angan-Angan Tu," Dari Herdikan, Wanita Ini Kini Punyai Kedai Kimpalan Sendiri


"Dulu orang herdik dengan kata-kata yang negatif, kata perempuan menyusahkan orang, buat kerja lambat, simpan jer lah angan-angan dan cita-cita (dalam bidang kimpalan)," itu antara pengalaman pahit yang dilalui oleh seorang wanita bernama Siti Sofiyah Binti Sabtu ketika mula menceburi bidang kimpalan ini.

Itu dahulu, kini beliau sudah boleh mampu tersenyum selepas usahanya selama ini menunjukkan hasil di mana kini Siti Sofiyah sudah berjaya memiliki sebuah syarikat kimpalannya sendiri sekaligus membukti perempuan mampu untuk berdiri sehebat lelaki walaupun dalam bidang yang agak mencabar dan comot bagi seorang perempuan.

Memikirkan kata-kata negatif yang diterima dulu, beliau mengakui ada juga kadang-kadang terasa 'down' untuk meneruskan hasratnya, tapi didorong dengan minat yang mendalam.

"Biarlah apa orang kata, aku tahu apa aku buat, aku tahu apa yang harus aku buat nanti, dan saya teruskan sampai ke tahap ini," cerita Sofiyah yang kini digelar 'wanita besi'.

Beliau merupakan salah seorang daripada 12 orang usahawan berjaya yang berada dalam senarai akhir pemenang PROJEK INSPIRASIKU yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu sebuah agensi yang bertanggungjawab berada di belakang setiap perniagaan di Malaysia.

Pada tahun 2017, SSM memulakan #projekinspirasiku, pertandingan menulis esei mudah untuk usahawan untuk berkongsi cerita mereka, lebih 1000 penyertaan telah diterima di mana menceritakan suka duka dan perjalan perniagaan mereka.

Kisah 'wanita besi' ini sekali gus membuka mata semua pihak di mana dengan tekad tidak kisah apa jua cabang perniagaan yang sebelum ini dimonopoli kaum lelaki adalah tidak mustahil diceburi kaum wanita.

Sofiyia merupakan salah seorang daripada 12 finalis kempen “Projek Inspirasiku” anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Projek Inspirasiku” merupakan medan yang menggalakkan para usahawan tidak kira di mana pun berada untuk bersama berkongsi cerita kejayaan yang mampu memberi inspirasi kepada seluruh Malaysia!

Dengan Projek Inspirasiku ini, SSM membuka platform bagi usahawan untuk meluaskan lagi perniagaan mereka.

Selain itu, juga berperanan menyebarkan kesedaran kepada prospek terhadap produk mereka sekaligus berpotensi untuk mengumpulkan lebih bayak pengguna di masa akan datang.

Ternyata kisah-kisah ini memberi inspirasi dan motivasi kepada usahawan-usahawan baru di luar sana selain memberi gambaran tentang apa yang mereka tempohi untuk berjaya.

Apa yang mendorong mereka? Wang, semangat atau ? berikut adalah senarai penuh mereka yang berjaya berada dalam 12 usahawan terakhir PROJEK INSPIRASI SSM.

0 Response to "''Perempuan Kalau Buat Kerja 'Welding' Lambat, Simpanlah Angan-Angan Tu," Dari Herdikan, Wanita Ini Kini Punyai Kedai Kimpalan Sendiri"

Posting Komentar

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==