'Reunion' memang jadi

'Reunion' memang jadi

trendingbergaya.blogspot.com - Sebelum ini, Victoria Beckham menafikan dia dan kumpulan Spice Girls akan membuat konsert jelajah ‘reunion’.

Bagaimanapun, TMZ mendedahkan semua lima anggota Spice Girls iaitu Victoria, Mel B, Mel C, Emma Bunton dan Geri Horner sudah menandatangani kontrak.

Menurut portal itu, kontrak dipersetujui mereka turut mendedahkan beberapa maklumat terperinci antaranya lokasi konsert dan pampasan.

Sumber memberitahu TMZ, Mel B dan anggota lain Spice Girls sudah menandatangani kontrak Jumaat lalu.

Kumpulan Inggeris popular pada 1990-an itu dikatakan akan kembali bersama untuk mengadakan beberapa siri konsert jelajah di Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Awal bulan ini, Mel B berkongsi gambar bersama anggota Spice Girls ketika mereka berada di kediaman Geri di Instagram.

Ketika ditemu bual majalah Vogue, Victoria menafikan perkara itu dan memberitahu masih mempunyai hubungan baik dengan anggota Spice Girls.

“Saya seronok dapat bertemu mereka dan kami gembira menikmati jamuan tengah hari bersama.

“Bagus juga kalau kami dapat kumpul semula lagi,” katanya yang juga pereka fesyen.

Spice Girls mencipta fenomena luar biasa di seluruh dunia menerusi single sulung Wannabe pada 1996.

Pencapaian besar mereka dalam industri muzik mengangkat Spice Girls sebagai kumpulan wanita paling berjaya sepanjang zaman.

Bagaimanapun, kumpulan berkenaan mengambil keputusan berpisah pada 2000 bagi menumpukan karier solo masing-masing.

Selepas itu, mereka kembali semula untuk konsert jelajah pada 2007 dan persembahan di Sukan Olimpik London pada 2012.


sumber : hmetro.com.my

0 Response to "'Reunion' memang jadi"

Posting Komentar

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==