Cubaan curi kabel punca elektrik terputus di Petrajaya

Cubaan curi kabel punca elektrik terputus di Petrajaya

trendingbergaya.blogspot.com - SIASATAN Syarikat SESCO Berhad, bahagian operasi Sarawak Energy, mendapati kejadian terputus bekalan elektrik selama 20 minit di beberapa bahagian di Petrajaya, Jumaat lalu, berpunca daripada cubaan mencuri kabel.

Dalam kenyataan di Kuching hari ini, Sarawak Energy berkata dua kabel bawah tanah 33kV dari Matang ke pencawang Astana 33kV berdekatan tapak pembinaan Bulatan Datuk Temenggong Abang Kipali didapati telah dipotong dan menyebabkan bekalan elektrik terputus pada kira-kira jam 10 malam ke Astana dan kawasan sekitarnya, Semariang dan sebahagian Santubong, pada hari Tahun Baharu Cina.

Tindakan pantas pasukan teknikal SESCO bagaimanapun berjaya memulihkan bekalan ke kawasan terjejas dalam tempoh kurang 20 minit melalui pencawang 33KV lain, manakala kerja mengesan kerosakan segera disusun dan mengambil masa hampir 15 jam untuk disiapkan berikutan kerosakan teruk yang dialami.

“Di tempat kejadian, sarung tangan, sebuah beg dan barangan lain milik pencuri telah dijumpai, dipercayai digunakan untuk mencuri kabel berkenaan. Laporan telah polis dibuat bagi tujuan penyiasatan,” menurut kenyataan itu.


Ketua Pegawai Eksekutif SESCO, Lau Kim Swee, dalam kenyataan itu, berkata kejadian tersebut merupakan cubaan terbaru untuk mencuri kabel, sekali gus menunjukkan pencuri kini semakin berani.

“Sejak 2015, terdapat lebih 500 kes mencuri kabel (tembaga) di kemudahan kami, yang mengakibatkan kerugian hampir RM7 juta,” katanya. – Bernama, 19 Februari, 2018


sumber : themalaysianinsight.com

0 Response to "Cubaan curi kabel punca elektrik terputus di Petrajaya"

Posting Komentar

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==