Kemalangan dalam Terowong Menora, trafik sesak

Kemalangan dalam Terowong Menora, trafik sesak



trendingbergaya.blogspot.com - TEROWONG Menora sesak dengan lorong kiri dan kanan terhalang kerana kemalangan pagi tadi, menurut catatan Twitter rasmi Plustrafik.

Kemalangan membabitkan dua buah kereta itu menyebabkan kedua-dua lorong terpaksa ditutup untuk kerja pengalihan dan pembersihan sehingga menyebabkan trafik sesak.

Bagaimanapun, kedua-dua lorong itu sudah dibuka semula kira-kira jam 12 tengahari tadi tetapi aliran trafik masih lagi perlahan, kata jurucakap itu lagi seperti dilaporkan akhbar Berita Harian Online.



"Berikutan kejadian itu, aliran trafik agak perlahan sepanjang lima kilometer dari arah Ipoh menghala ke Kuala Kangsar," katanya dipetik akhbar itu.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, kemalangan itu melibatkan kereta Proton Saga dan Proton Saga Aeroback di dalam terowong itu.

"Mangsa tiada di lokasi kejadian ketika pihak bomba tiba. Anggota membuat pemantauan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada mangsa lain terbabit," kata bomba dipetik akhbar itu. – 19 Februari, 2018.

sumber : themalaysianinsight.com

0 Response to "Kemalangan dalam Terowong Menora, trafik sesak"

Posting Komentar

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==