Chow Chee Keong, lagenda penjaga gawang Malaysia, meninggal dunia
trendingbergaya.blogspot.com - Malaysia kehilangan sebuah permata berharga dalam arena bola sepak dengan pemergian Chow Chee Keong pagi ini di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.
Perkara ini telah disahkan oleh anak mendiang, Andrian Chow, melalui laman sosial Facebook miliknya.
Dalam perkongsian itu, anaknya menulis, “Pada jam 8:08 pagi (21 Februari 2018), ayah saya, Chow Chee Keong meninggalkan kita dengan tenang. Beliau telah lama berjuang dengan tabah untuk terus hidup bersama kami.”
Bagi peminat bola sepak tanah air zaman 70-an, nama Chow Chee Keong akan sentiasa tersemat sebagai lagenda.
Mendiang yang berasal dari Selangor, mula mewakili Malaysia pada tahun 1965, pernah dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) lima kali berturut-turut daripada 1966 hingga 1970.
Pada usia semuda 21 tahun mendiang berhijrah ke Hong Kong dan bermain untuk beberapa kelab seperti Jardine FC, HK Rangers, dan South China AA.
Di Liga Hong Kong, mendiang digelar sebagai “Gerbang Besi Tanpa Karat Asia" dan "Pedang Gila" serta merupakan aset penting untuk skuad kebangsaan.
Bersama pasukan Malaysia, Chow Chee Keong pernah mewakili negara dalam temasya Pestabola Merdeka dan Kelayakan Piala Dunia sekitar tahun 1980 sebelum bersara pada 1985.
sumber : astroawani.com
0 Response to "Chow Chee Keong, lagenda penjaga gawang Malaysia, meninggal dunia"
Posting Komentar