RM1.3 bilion kepada Langkawi cuma “janji palsu”, kata Dr M
trendingbergaya.blogspot.com - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata peruntukan RM1.3 bilion untuk Langkawi yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini cuma “janji palsu”.
Calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH) mendakwa Najib tahu janji itu tidak boleh ditunaikan sehingga selepas pilihan raya umum ke-14.
“Apabila dia nampak sesuatu tempat itu dilawati oleh pemimpin parti lawan maka dia dengan serta merta akan berikan peruntukan kepada tempat itu. Jadi nampak dia fikir saya akan pergi ke Langkawi.
“Untuk menentukan saya kalah maka dia keluarkan bajet baru ini. Dia ini macam seorang kaya yang ada duit banyak dalam poket.
“Tak payah nak tanya Parlimen lulus apa-apa, nampak boleh bagi duit, bagi duit. Tapi ini janji dan dia tahu dia tak boleh tunaikan janji ini sehingga selepas pilihan raya,” katanya pada sidang media bersama kepimpinan PH di ibu pejabat PPBM hari ini.
Najib mengumumkan peruntukan RM1.3 bilion bagi 5 projek prasarana di Langkawi menerusi Pelan Pusingan ke-3 Rancangan Malaysia ke-11, merangkumi projek tadahan air, naik taraf Hospital Langkawi dan pembinaan kuarters petugas kesihatan, pembinaan balai bomba dan jalan raya.
Sementara itu, Dr Mahathir berkata peruntukan RM1.3 bilion itu diumumkan ketika peruntukan-peruntukan kepada kementerian dikurangkan bererti banyak perkara tidak dapat dilaksanakan kerana kerajaan mengetatkan perbelanjaan.
Dr Mahathir juga berharap Najib akan mengumumkan peruntukan untuk satu lagi kerusi yang mungkin ditandinginya, Kubang Pasu.
“Setiap satu kementerian dapat sampai RM60 bilion, 30%, tak ada duit. Sekarang ini perubatan tidak mempunyai wang yang cukup, universiti dipotong peruntukan, macam-macam perkara yang harus dilakukan oleh kementerian tidak dapat dilakukan kerana tidak ada wang.
“Di masa yang sama dia nak bagi kepada Langkawi RM1.3 bilion. Mungkin kerana saya nak tanding di situ tapi saya juga nak tanding di Kubang Pasu supaya dia bagi peruntukan lagi,” katanya.
Mengulas penyertaan diplomat Israel di Forum Bandar Sedunia ke-9 (WUF9) di ibu negara baru-baru ini, Dr Mahathir berkata negara sekadar tidak boleh menjadi tuan rumah jika tidak mahu menerima delegasi Israel.
“Mereka tentu tahu orangdaripada Israel akan datang. Kalau kita tak mahu habis-habis sekali kita tak jadi tuan rumah…suruh dia pergi ke negara lain,” katanya.
0 Response to "RM1.3 bilion kepada Langkawi cuma “janji palsu”, kata Dr M"
Posting Komentar