Polis gempur disko 'bawah tanah'

Polis gempur disko 'bawah tanah'

trendingbergaya.blogspot.com - Seramai 73 remaja yang memenuhi sebuah pusat hiburan di ibu negara awal pagi ini, bertempiaran cuba melarikan diri sejurus premis terbabit diserbu polis, awal pagi tadi.


Namun, usaha mereka mengelak daripada pemeriksaan polis yang menyerbu premis di tingkat bawah tanah sebuah hotel terkemuka dekat Jalan Pahang itu, dapat dihalang pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Daerah Dang Wangi, yang melakukan serbuan jam 2.30 pagi.

Dalam pemeriksaan yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Dang Wangi, Deputi Superintendan Selva Kumaran itu, polis mengesan 24 pengunjung positif dadah, manakala dua lagi pengunjung ditahan memiliki dua pil ecstacy.



Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah, berkata serbuan dibuat hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan sejak seminggu lalu mengenai aktiviti dadah di premis berkenaan dalam kalangan pengunjung terutama remaja.

"Ketika serbuan, kira-kira 73 pengunjung sedang leka dengan alunan muzik premis berkenaan dan sebahagian mereka dipercayai khayal dengan mengambil dadah.

"Apabila menyedari kehadiran polis, pengunjung yang dipercayai terbabit dalam mengambil dadah ini cuba bertindak meloloskan diri namun dapat dihalang," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pihaknya hanya menemui dua butir pil ecstacy, manakala sebahagian lagi dipercayai sudah dicampurkan dalam minuman pengunjung premis berkenaan.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada 14 lelaki dan enam wanita tempatan serta enam warga asing termasuk dua wanita, berusia di antara 18 hingga 45 tahun yang dikesan positif dadah.

"Mereka direman dua hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan," katanya.


Shaharudin berkata, premis berkenaan dikesan tidak memiliki sebarang lesen hiburan untuk beroperasi, meskipun pemiliknya mendakwa proses mendapatkan lesen sedang dibuat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

0 Response to "Polis gempur disko 'bawah tanah'"

Posting Komentar

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==