Kerosakan ‘bearing’ punca kereta kabel Langkawi tergendala
trendingbergaya.blogspot.com - KEROSAKAN “bearing” (gelangsar) adalah penyebab perkhidmatan kereta kabel di Langkawi terganggu semalam, sekali gus mengakibatkan lebih 1,000 pelancong terkandas.
Anggota lembaga Panorama Langkawi Sdn Bhd Azizan Noordin berkata, bahagian mekanikal itu rosak dan telah digantikan secepat mungkin setelah kejadian itu terjadi.
“Kami dapati ada bearing kecil rosak dalam kereta kabel itu. Ianya masalah mekanikal. Kami dah kenal pasti dan selesaikan masalah itu,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Azizan berkata, setelah gelangsar itu tidak berfungsi, kereta kabel itu digerakkan secara manual bagi membawa turun 88 penumpang yang tersangkut di puncak Gunung Mat Chinchang itu.
Katanya, masalah itu diselesaikan pada jam 10.50 malam selepas alat ganti itu ditukar, sebelum meneruskan perkhidmatan seperti biasa.
Azizan, yang juga ketua pegawai eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berkata kejadian “tidak dijangka.”
Ujarnya, setiap malam selepas tamat waktu operasi, selepas tamat operasi kereta kabel itu, krew penyelenggaraan akan mengikut tatacara pengendalian piawai (SOP).
“Kereta kabel itu dijaga dengan baik. Ia diservis setiap malam selepas tamatnya perkhidmatan kereta kabel.”
Tambah Azizan, berikutan amalan SOP oleh operator, kereta kabel itu akan dihentikan sekali dalam setahun untuk tempoh lebih kurang 10 hari bagi menjalani servis menyeluruh.
Perkhidmatan kereta kabel itu dikenali sebagai Langkawi SkyCab mula beroperasi pada November 2002.
Langkawi SkyCab, yang meliputi perjalanan kira-kira 5.9km, adalah sistem kereta kabel terpanjang di dunia, dengan kira-kira 1.7km daripadanya naik hingga mencapai sudut 45 darjah dan diiktiraf sebagai takat paling curam di dunia, dengan paras tertingi melebihi 700 meter.
Perkhidmatan sepanjang 4,400 meter itu mempunyai tiga stesen iaitu stesen tapak, stesen tengah dan stesen atas, sebelum penumpang sampai ke puncak Gunung Mat Chinchang.
Semalam, sejak 5.40 petang, lebih 1,000 pelancong terkandas lebih kurang enam jam sebelum dibawa turun dari puncak gunung itu. – 19 Februari, 2018.
sumber : themalaysianinsight.com
0 Response to "Kerosakan ‘bearing’ punca kereta kabel Langkawi tergendala"
Posting Komentar