Federer catat sejarah jadi pemain tertua No.1 dunia
trendingbergaya.blogspot.com - Roger Federer muncul menjadi pemain tertua menduduki ranking pertama dunia pada usia 36 tahun selepas mara ke separuh akhir tenis Terbuka Rotterdam.
Federer yang berasal dari Switzerland telah memenangi 20 Grand Slam selepas menundukkan Robin Haase 4-6, 6-1, 6-1 sekali gus menyingkirkan Rafael Nadal dari kedudukan pertama ranking dunia.
"Mencapai kedudukan nombor satu merupakan pencapaian menakjubkan dalam tenis. Apabila semakin berusia, anda perlu menggandakan usaha, bertarung dengan pencabar yang juga mahu mencapainya.
"Ini bagaikan mimpi menjadi nyata," kata Federer penuh emosi di gelenggang selepas menumpaskan lawannya dari Belanda.
Kemenangan ini menyaksikan Federer mengatasi rekod Andre Agassi yang menduduki tempat pertama pada usia 33 tahun pada tahun 2003.
Untuk rekod, ini merupakan kali pertama Federer berada di puncak sejak Oktober 2012 selepas kali pertama melakukannya pada Februari 2004.
Sebelum ini ,Federer juga pernah melakar rekod sebagai pemain paling lama berada pada kedudukan No.1 dunia.
Secara keseluruhan, Federer menduduki carta tersebut selama 302 minggu.
sumber : astroawani.com
0 Response to "Federer catat sejarah jadi pemain tertua No.1 dunia"
Posting Komentar